Selamat sejahtera para pelajar peringkat 'O' sekalian:)
Di sini saya lampirkan beberapa kertas 1 dan 2. Sila lakukannya dalam masa yang telah ditetapkan. Kemudian, hantarkan sms ke no. hp saya dan saya akan jumpa awak di sekolah untuk konsultasi.
Semoga berjaya")
Jika akar sebatang pokok itu kuat, ia akan tumbuh subur dan kukuh hingga berbuah. ( If a tree has strong roots, it will grow strong and sturdy, hence just like us, if we have a firm foundation of the rules and structure of the language, our mastery of the language will increase and and be of good quality, irregardless of ones race or religion. I firmly believe that a non Malay student can master the Malay Language well if he wants too.
Jika akar sebatang pokok itu kuat, ia akan tumbuh subur dan kukuh hingga berbuah. Sama juga seperti
Sunday, October 31, 2010
Sunday, October 17, 2010
Latihan Elearning
Salam sejahtera para pelajar 3EX, 3NA dan 3NT sekalian,
DI BAWAH INI SAYA LAMPIRKAN LATIHAN-LATIHAN UNTUK ELEARNING. JAWAB SEMUA SOALAN DI FULSKAP ATAU MELALUI E MAIL SAYA (gunakan microsoftword) di alamat noor_hayati_mohamed_yusoff@moe.edu.sg:--
Sila klik link 3NT dan lakukan LATIHAN IMBUHAN SATU/ DUA dan TIGA SAHAJA.
3NT
Sila klik link 3EX dan lakukan Latihan KATA KERJA TRANSITIF / KATA KERJA TAK TRANSITIF/ KATA ADJEKTIF SEKOLAH MENENGAH/ LATIHAN KATA ADJEKTIF SAHAJA. J
3EX
Sila ke link 3NA dan lakukan LATIHAN KATA SENDI SAHAJA.
3NA
SELAMAT MENCUBA dan SEMOGA MAJU JAYA AMIN:)
Cikgu Noor

Thursday, October 14, 2010
ELearning Bahasa Melayu
Selamat sejahtera para pelajar menengah 3EX 3NA dan 3 NT sekalian
Saya akan memuatnaikkan latihan-latihan khas buat hari ELearning yang akan datang iaitu pada hari 21hb Oktober 2010.
Kamu semua boleh menjawab soalan-soalan tersebut melalui 2 cara. Pertama kamu boleh menjawab dalam kertas fulskap dan hantar pada hari esoknya, 22hb Oktober. ATAU kamu menjawab soalan dengan menggunakan sofwer WORD dan e-mailkan kepada saya di alamat ini:- noor_hayati_mohamed_yusoff@moe.edu.sg
Sekian, semoga berjaya.

Wednesday, October 6, 2010
Di bawah ini ada soalan kertas 2 untuk kelas 3NA .
ARAHAN:-
Sila cuba soalan-soalan ini demi persiapan kamu untuk peperiksaan nanti.Hantar jawapan kamu melalui e mail saya iaitu :- noor_hayati_mohamed_yusoff@moe.edu.sg.
Ini harus diikuti dengan hantaran sms ke nombor telefon bimbit saya.
BAHAGIAN A (35 markah)
Soalan A1 (10 markah)
Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat 10 patah perkataan yang berhuruf tebal. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia. Seni ini wujud sejak zaman pra-sejarah, sebelum (1) datang kaum Aryan ke India. (2) Turut masyarakat Tamil tradisional, seni ini (3) rupa salah satu seni yang harus (4) ajar untuk menjadi insan yang sempurna. Semasa perkembangan agama Buddha, seni mempertahankan diri ini telah (5) bawa ke China dan Jepun. Seni ini juga telah (6) alam perkembangan pesat dan menjadi asas (7) latih ketenteraan. Silambam kemudian (8) kembang ke Asia Tenggara. Perkembangan ini adalah hasil usaha rakyat Tamil yang berhijrah ke rantau ini. Namun, di bawah undang-undang (9) jajah barat, seni ini tidak mendapat (10) iktiraf. Seni dari dalam sahaja diiktiraf.
SOALAN A2 (5 MARKAH)
Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberi bagi mengisi tempat-tempat kosong di bawah ini. Kemudian tulis jawapan kamu itu di Kertas Jawapan yang disediakan.
A
Tumbuk rusuk
B
Seperti api dalam sekam
C
Pipit pekak makan berhujan
D
Seperti gergaji bermata dua
E
Laksana wau melawan angin
F
Tong kosong nyaring bunyinya
G
Seperti gunting makan di hujung
H
Umpama air digenggam tiada tiris
I
Seperti seludang menolak mayang
J
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau
Penduduk Kampung Pinang Sebatang gempar dengan berita yang hangat tersebar, Azman, anak penghulu kampung ditangkap polis semalam. Azman didapati bersalah kerana bersubahat memberi wang rasuah. Perbuatan (11) __________ itu hanya diketahui oleh majikannya setelah mendapat bukti yang kukuh.
Haji Ahmad, ayah Azman terlalu kecewa dengan berita itu sehingga jatuh pengsan. Sungguh tidak beliau sangkakan Azman sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Lagaknya ini samalah (12) __________.
Selama ini, keluarga, teman-teman dan seluruh penduduk kampung kagum dengan sifat dan keperibadian Azman yang seolah-olah tiada cacat celanya. Malah, sebagai anak seorang penghulu kampung, dia tidak pernah membangga-banggakan diri, tidak (13) __________. Di tempat kerja pula, dia sering dicontohi kerana rajin bekerja sehingga lewat malam dan ada masanya tidak menghiraukan kesihatannya, seperti (14) __________.
Azman juga tidak menyangka perbuatannya yang selama ini disembunyikan dan dilakukan secara diam-diam, (15) __________ akhirnya terbongkar juga. Kini, hanya sesal yang tidak terhingga menyelubungi dirinya.
SOALAN A3 (10 markah)
Arahan : Pilih sepatah perkataan yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan bagi mengisi tempat kosong dalam teks berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
sedikit
masa
dinikmati
makanan
merupakan
setelah
hidangan
seperti
taburan
tengah-tengah
ketika
berwarna-warni
tahun
dijual
lebih
Masyarakat barat telah lama menjadikan donat sebagai makanan sampingan yang dihidangkan pada waktu minum petang. Namun kini, donat menjadi (16)______ yang begitu popular sehinggakan boleh (17) ______ pada bila-bila masa. Sama ada (18) ______ membuat jamuan atau sebagai buah tangan semasa mengunjungi rakan. Tidak kira apa jua keadaannya, donat (19) ______ makanan yang amat digemari ramai. Donat pertama yang telah dijual kepada orang ramai sedikit (20) _______ dahulu berbentuk bulat, berlubang di (21) ______ dan ditabur gula halus. Untuk menjadikannya (22) _______ menarik dan (23) ______, pelbagai perisa dan bahan ditambah. Ada yang dihiasi dengan (24) _______ kacang bersama coklat cair dan ada pula dengan gula (25) _______ bersama jem buah-buahan. Malahan, ada pelbagai bentuk dan inti di dalamnya. Kesemua hidangan ini dibuat untuk menarik perhatian pembeli disamping memberikan lebih banyak pilihan.
BAHAGIAN B (10 markah)
Arahan : Baca dengan teliti petikan karangan yang berikut.
Virus komputer dipanggil ‘virus’ kerana mempunyai hubung kait dengan virus biologi, yang merebak dari satu komputer ke satu komputer yang lain. Sifat ini sama seperti virus biologi yang berjangkit. Selain itu, virus biologi juga bukanlah benda hidup, tetapi pecahan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam jaket yang dikawal oleh sistem imunisasi badan.
Virus komputer juga berkongsi ciri-ciri yang sama. Virus komputer perlu bergantung pada program perisian atau dokumen untuk diaktifkan. Selepas aktif, virus akan menjangkiti dan memusnahkan perisian atau dokumen lain. Ada beberapa jenis virus iaitu virus e-mel dan virus Kuda Trojan (Trojan horses). Virus e-mel bergerak secara automatik dengan menghantarkan perisian virus kepada semua orang dalam senarai alamat pengguna e-mel. Manakala virus Kuda Trojan (Trojan horses) pula merupakan perisian yang diuar-uarkan mempunyai satu fungsi, namun mampu mencetuskan kemusnahan lain apabila diaktifkan, sebagai contoh memusnahkan cakera keras atau perkakasan lain.
Dalam evolusi terkini, pencipta virus membuat gangguan ke atas blog, e group, perkongsian fail di internet, mp3, thumbdrive, e-mel dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, jika ada sesuatu yang baharu dan popular, berhati-hatilah sebelum menggunakannya. Virus komputer ternyata bersifat berubah-ubah bentuk kerana dilindungi oleh program yang dikenali sebagai enjin Mutant yang boleh menghasilkan berbilion kod lain. Keadaan ini menyebabkan pakar sukar untuk mengesan dan menanganinya kerana tiada tanda-tanda awal.
Kebanyakan alat mudah alih yang canggih seperti telefon bimbit mempunyai kebolehan untuk melancarkan program, memuat turun perisian secara rawak, serta menghantar virus ke alat mudah alih yang lain. Oleh itu, pengawalan yang terbaik ialah dengan memasang sistem operasi UNIX dan LINUX, mengelakkan memuat turun perisian dari sumber yang diragui, contohnya internet, dan memasang perisian nyah virus.
Jika tidak mengambil langkah-langkah keselamatan, pengguna akan menghadapi risiko kerosakan komputer. Namun, beratus-ratus virus baharu timbul dalam masa seminggu. Oleh itu, semua pengguna komputer perlu lebih berhati-hati.
Arahan : Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab item-item berikut dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
26 Virus komputer dipanggil ‘virus’ kerana __________.
A sifatnya yang aktif
B dikawal sistem imunisasi badan
C pecahan asid deoksiribonukleik (DNA)
D sifatnya yang sama dengan virus biologi
27 Virus ________ bertindak dengan mengirim kepada orang lain dengan sendirinya.
A e-mel
B biologi
C komputer
D Kuda Trojan
28 Penghasilan virus sukar dikawal kerana _________.
A kemusnahan cakera keras
B berlaku perubahan enjin Mutant
C terdapat pelindungan enjin Mutant
D pencetusan perisian yang diuar-uarkan
29 Virus disebarkan melalui _______.
A blog, mp3, e-mel dan e group
B sistem operasi UNIX dan LINUX
C telefon bimbit, perisian nyah virus, blog dan thumbdrive
D perkongsian fail di internet, perisian yang diragui dan perisian nyah virus
30 Perkataan “diuar-uarkan” (baris 12) dalam petikan ini bermaksud _________.
A diceritakan
B dikeluarkan
C dijangkakan
D dihebahkan
BAHAGIAN C (25 MARKAH)
ARAHAN: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.
Hati Tajul tiba-tiba panas menggelegak. Dia rasa tercabar. Mujurlah dia dapat bersabar. Jika tidak, gerai Judin sudah dirobohnya tadi. Mengapa Judin dirikan gerai di sebelah geraiku?
“Inilah orang Melayu,” marah TajuI. “Pantang nampak orang senang sikit. Mulalah iri hati. Macam manalah orang kita nak maju. Tengok bangsa lain. Sama-sama berlumba mencari kekayaan. Kita tidak, asyik nak berdengki.” Tajul terus mengomel.
“Orang cari rezeki tak boleh marah-marah,” pujuk Mak Jah. “Biarlah Judin berniaga, JuI. Dia pun nak cari rezeki juga. Tak usah nak marahkan Judin,” pesan Mak Jah.
Tajul masuk ke biliknya sambil mengelap peluh dengan tuala. Hari ini pelanggannya cukup ramai. Sampaikan tidak menang tangan. Walaupun penat berniaga, hati Tajul puas. Apalagi melihat duit yang digenggamnya. Terasa penat hilang.
Pisang dan keledek yang dihantar bapanya habis digoreng. Jualannya laris betul. Malah Tajul berasa gembira, kerana dapat membantu bapanya. Sejak dibuang kerja kilang, bapanya, Pak Majid, hanya berkebun. Menanam pisang, keledek, betik dan ubi kayu. Pelanggan yang datang pula kebanyakannya pekerja di kilang berhampiran. Ada juga yang singgah dari pekan.
Malam itu tidur Tajul kerap terganggu. Suatu ketika, Tajul melihat belanganya berpindah ke gerai Judin. Goreng pisangnya berlambak tidak laku. Goreng keledek, pisang dan ubi kayu sejuk di dalam talam tanpa diusik pelanggan. Semua pelanggan berpindah ke gerai Judin. Apakah ubat yang Judin kenakan sampaikan pelanggannya lari? Tiba-tiba Tajul melepaskan geramnya. Dia menggenggam penumbuk, lalu dilepaskan tepat ke muka Judin. Rupa-rupanya dia menumbuk tepi katil.
Tengah hari itu,Tajul terkejut melihat Judin sudah mula berniaga. Tetapi, yang dijualnya ialah cendol, sirap manis dan air laici.
“Aku berniaga minuman. Kasihan aku tengok pelanggan kau. Mereka kadangkala makan goreng pisang sambil berdiri. Kalau tak ada air tentu tercekik,” kata Judin sewaktu menghampiri Tajul. Tajul tersenyum mulus. Barulah dia menarik nafas panjang.
“Sambil pelanggan beli pisang goreng, keledek, mereka boleh singgah minum air di gerai aku,” kata Judin membawa plastik berisi air laici untuk Tajul. Tajul mengambil plastik air laici.
“Yalah. Eh, sudah dekat pukul tiga. Aku nak mula panaskan minyak. Nanti pelanggan datang pula.”
Judin ikut membantu Tajul menghidupkan api. Sesekali Tajul menjeling ke arah Judin. “Aku saja yang buruk sangka terhadapnya,” bisik hati kecil Tajul.
Dipetik dan diubah suai daripada Antologi Cerpen Remaja “Gerai Sepakat” oleh Ghazali Ngah Azia, 2006
ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut. Seberapa yang boleh gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian tulis jawapan kamu di ruang jawapan yang disediakan di Kertas Jawapan.
31
Apakah yang membuat Tajul benar-benar marah?
(3 markah)
32
Mengapakah Tajul berpuas hati dengan perniagaan yang dijalankannya selama ini?
(4 markah)
33
Kehadiran gerai Judin dan Tajul sebelah-menyebelah akan menguntungkan mereka berdua. Setujukah kamu dengan kenyataan ini? Berikan dua sebab.
(6 markah)
34
Pada pendapat kamu, apakah dua tindakan yang sepatutnya diambil oleh Tajul terlebih dahulu sebelum buruk sangka terhadap Judin? Terangkan.
(6 markah)
35
Terangkan maksud perkataan yang berikut berdasarkan penggunaannya dalam teks.
i
tidak menang tangan
(baris 10)
(2 markah)
ii
mulus
(baris 27)
(2 markah)
iii
buruk sangka
(baris 35)
(2 markah)
SELESAI
SEMOGA BERJAYA

Tuesday, October 5, 2010
Latihan kertas 3EX kertas 2
Selamat sejahtera pelajar 3EX semua:)
Di bawah ini ada soalan kertas 2 untuk kelas 3EX .
ARAHAN:-
Sila cuba soalan-soalan ini demi persiapan kamu untuk peperiksaan nanti.
Hantar jawapan kamu melalui e mail saya iaitu :- noor_hayati_mohamed_yusoff@moe.edu.sg.
Ini harus diikuti dengan hantaran sms ke nombor telefon bimbit saya.
KERTAS 2
Bahagian A (34 markah)
Soalan A1 (10 markah)
Arahan: Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang berhuruf tebal. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
Fenomena jerebu dapat ditakrifkan sebagai kejadian yang melibatkan kabut yang bercampur dengan debu yang terapung-apung di udara sehingga menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Ada (1) bagai punca berlakunya fenomena jerebu.
Arus (2) moden yang sedang berkembang pesat ialah faktor perdana fenomena jerebu. (3) Tambah kenderaan serta aktiviti perindustrian yang pesat dijalankan menyebabkan pembebasan asap kotor ke udara. Hal itu akan memberikan impak negatif kepada alam sekitar seperti hujan asid. Kesihatan juga turut (4) jejas mengakibatkan penyakit paru-paru, asma dan sebagainya. Cuaca yang semakin panas ditambah dengan penebangan hutan yang semakin berleluasa turut menyebabkan jerebu.
Semua pihak haruslah menggembleng tenaga (5) pantau fenomena jerebu daripada menjadi semakin serius. Alam sekitar yang bersih adalah untuk kesihatan yang lebih sempurna.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Punca Fenomena Jerebu, Dewan Siswa, Mac 2008)
Soalan A2 (5 markah)
Arahan: Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
A bagai belanda minta tanah
B pipit pekak makan berhujan
C biduk lalu kiambang bertaut
D bagai harimau beranak muda
E berkerat rotan berpatah arang
F bagai itik berebutkan tembolok
G bertelingkah bagai antan di lesung
H sedencing bagai besi, seciap bagai ayam
I bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat
J kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap
Azman dan Azmin merupakan adik-beradik kembar. Namun, mereka sering berbalah meskipun kerana sebab yang terlalu kecil. Perbuatan mereka tidak ubah (6) _______________. Walaupun mereka sering bertengkar, perselisihan faham antara mereka tidak lama. Mereka pasti akan berbaik-baik semula seperti (7) _______________. Antara mereka berdua, Azman tidak boleh bertolak ansur. Sifatnya yang tamak; diberi sedikit tetapi hendak semuanya, tidak ubah (8) _______________.
Ibu bapa mereka kerap menasihati mereka berdua agar bermuafakat dan mengerjakan sesuatu bersama-sama; baik ringan mahupun berat seperti (9) _______________. Ibu bapa mereka juga pernah mengatakan bahawa setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing bak kata pepatah (10) _______________. Mereka benar-benar berharap agar kedua-dua anak mereka akan senantiasa berbaik-baik antara satu sama lain.
Soalan A3 (9 markah)
Arahan: Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan/frasa yang diberikan. Ayat kamu harus menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut. Kemudian, tulis ayat kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
11 insaf
12 mengetepikan
13 sokongan moral
Soalan A4 (10 markah)
Arahan: Isi setiap tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan teks. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
Makanan semakin berkurangan. Inilah hakikat yang sudah terbentang di depan mata biarpun laporan mengenainya ditenggelamkan oleh paparan krisis politik dan kemelut (14) _______________ alam yang berlaku saban hari.
Tidak keterlaluan jika dikatakan impak pemanasan global lebih mendapat perhatian meluas sebahagian (15) _______________ penduduk dunia, berbanding kekurangan makanan yang kian meruncing (16) _______________ dinyatakan laporan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
Laporan yang berupa amaran langsung itu, mengaitkan perkembangan (17) _______________ itu dengan jumlah penduduk yang meningkat daripada 3 bilion orang (18) _______________ 9.5 bilion orang dalam masa 50 tahun. Malangnya, ia tidak seimbang dengan hakikat sumber makanan yang semakin hari semakin susut.
Bahagian B ( 10 markah )
Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.
Keruntuhan akhlak dan moral remaja hari ini sering dipertikaikan. Apakah punca berlakunya masalah ini? Tentunya ramai yang akan menuding jari kepada ibu bapa. Namun, hakikatnya bukan faktor ini sahaja yang menjadi penyebab utama kepada sindrom ini.
Bukankah sudah ramai ibu bapa memainkan peranan mereka? Namun, anak-anak masih lagi berkelakuan tidak seperti yang mereka impikan. Kita patut menyelidik dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan tanpa berpandukan sesuatu yang tulus.
Mungkin kita tidak memikirkan tentang keadaan sekeliling yang banyak mempengaruhi jiwa mereka. Jika baik pengaruhnya, maka baiklah mereka dan begitu sebaliknya.
Antara persekitaran yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat ialah media elektronik, khususnya televisyen. Kebanyakan rancangan televisyen cenderung kepada hiburan semata-mata. Hiburan memang dibenarkan dalam agama tetapi hendaklah tidak melanggar batas-batas syariat yang telah ditetapkan.
Selain media elektronik, rakan-rakan sebaya turut menjadi faktor kepada keruntuhan akhlak. Dalam situasi begini, ibu bapa harus memainkan peranan mereka dengan lebih baik lagi. Mereka mungkin tidak mempunyai tempat mengadu selain daripada rakan-rakan dan seterusnya melakukan perkara-perkara di luar batasan tanpa berfikir panjang. Ibu bapa haruslah sentiasa berdampingan dengan anak-anak untuk mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga dan sekali gus, dapat menghindarkan anak-anak daripada terjebak ke dalam kegiatan yang tidak sihat.
Dalam keadaan belia tanpa hala tuju ini, matlamat untuk melihat kemajuan dalam aspek sosial tidak mungkin akan tercapai. Hal ini adalah kerana pembangunan yang pesat tanpa pemikiran yang waras sudah tentu tidak akan membuahkan apa-apa hasil yang positif. Malah, ia dikhuatiri akan menjadi sebaliknya.
Demi menjamin kejayaan yang diimpikan pada masa akan datang, kita sebagai generasi pelapis kepada pemimpin negara pada masa ini, hendaklah sentiasa mempunyai akhlak serta budi pekerti yang baik di samping memiliki kepakaran dalam bidang yang diceburi.
(Dipetik dan diubah suai daripada artikel ‘Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Remaja’ oleh Mohd Aiyad Ramli, Dewan Siswa, Ogos 2005)
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
19 Ibu bapa tidak boleh dipersalahkan apabila remaja kurang bermoral kerana __________.
A ramai ibu bapa keluar bekerja
B tiada penyelidikan yang dibuat
C akhlak remaja sudah sememangnya merosot
D ada banyak faktor lain yang menyebabkannya
20 Remaja mudah terpengaruh dengan __________.
A keadaan sekelilingnya
B rakan-rakan sebaya yang baik
C hiburan televisyen yang disiarkan
D ibu bapa mereka yang telah memainkan peranan
21 Remaja dikatakan kurang matang apabila __________.
A tidak dapat berfikir
B membuat hal di luar batasan
C tidak mempunyai tempat mengadu
D ibu bapa perlu berdamping dengan mereka
22 Remaja diperlukan untuk __________.
A membuahkan hasil yang postif
B menjamin kejayaan yang diimpikan
C menjadi pemimpin pada masa depan
D memiliki kepakaran dalam bidang yang diceburi
23 Perkataan ‘syariat’ (baris 15) dalam petikan karangan ini bermaksud __________.
A adat
B syarat
C aturan
D hukum
Bahagian C (26 markah)

Pak Musa melangkah perlahan-lahan ke bilik dan bersila di sisi Azwa.
“Wawa, ayah ada masakkan bubur nasi untuk Wawa. Makanlah,” ucap Pak Musa, penuh simpati. Azwa tidak bersuara. Dia sudah biasa ditemani air mata.
“Biar ayah sendukkan, ya?” sambung Pak Musa lagi memandangkan tiada jawapan daripada anaknya. Azwa mengesat sudut matanya dan mengucapkan terima kasih kepada ayahnya. Dia sebenarnya tidak mahu menyusahkan ayahnya, apatah lagi untuk menambah beban derita lelaki tua yang memang tidak begitu sihat itu.
“Kenapa Tuhan menguji Wawa begini, ayah?” Pak Musa tersentak. Dia tidak menduga perkahwinan anak tunggalnya itu yang diadakan secara meriah akan berakhir dengan penceraian. Perpisahan itu berlaku kerana permintaan anaknya yang tidak mahu menyusahkan orang lain.
“Kalaulah kita kaya, tentu Wawa tidak menderita seperti ini,” Wawa merintih. Pak Musa bungkam.
Azwa berdiri perlahan-lahan. Mukanya bengkak. Lazimnya, begitulah hakikat penghidap sakit ginjal. Wajah bujur sirihnya sudah menjadi pendek. Kedua-dua kelopak matanya timbul dan biji matanya terperosok ke dalam. Wajah yang menjadi rebutan suatu detik silam, kini hampir dilupakan.
“Kalaulah kita berada, tentu tiap-tiap minggu Wawa boleh mencuci buah pinggang ini. Yang ada dalam hidup Wawa cuma... ayah dan rumah ini.” Semakin hiba Pak Musa mendengar tutur kata anaknya itu.
“Wawa, jangan dikesali nasib yang telah ditentukan. Banyakkan bertafakur sebagai tanda kesyukuran. Ayah akan berusaha mendapatkan biaya biarpun ayah terpaksa menanggung susahnya. Kalau Wawa juga bersedih, begitu juga perasaan ayah. Ingatkan Tuhan! Sesungguhnya ada hikmah di sebalik dugaan ini,” ujar Pak Musa.
Deruan angin yang bertiup tidak lagi mendamaikan hatinya dan tubuhnya yang sudah dimamah derita. Azwa memandang ayahnya.
“Jika permohonan ayah untuk mendapat bantuan itu berhasil, ayah akan ikhtiarkan sesi mencuci buah pinggang Wawa. Tunggulah sehari dua ini,” Pak Musa hampir-hampir tidak dapat menahan kesedihannya.
“Terima kasih, ayah,” Azwa cuba tersenyum. Dia kembali ke kerusi tetapi tiba-tiba... “Ya, Allah! Ayah! Aduh... ayah! Tolong Wawa...” Azwa mengerang sebelum punggungnya rebah ke kerusi.
(Dipetik dan diubah suai daripada novel ‘Sutera Kasih’ oleh Sirhan Ansari)
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan-soalan yang diberikan. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
24 Mengapakah Pak Musa yang memasakkan bubur nasi untuk Azwa? (2 markah)
25 Jelaskan dua bukti yang menunjukkan Pak Musa seorang bapa yang bertanggungjawab. (4 markah)
26 Azwa sering meratapi nasibnya. Kemukakan bukti untuk menyokong jawapan kamu itu. (4 markah)
27 Penyakit yang dialami oleh Azwa meninggalkan kesan ke atasnya. Jelaskan. (4 markah)
28 Berdasarkan keadaan Azwa pada akhir cerita tadi, nyatakan dua kemungkinan yang boleh berlaku ke atasnya. Jelaskan. (6 markah)
Bagi Soalan 29 hingga Soalan 31, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.
29 bungkam (baris 14) (2 markah)
30 hikmah (baris 25) (2 markah)
31 dimamah derita (baris 28) (2 markah)
Selesai

Wednesday, September 22, 2010
Bahasa Melayu Milik Dunia
TIDAK HILANG MELAYU DI DUNIA- LAKSAMANA HANG TUAH
TONTON VIDEO! TONTON VIDEO! TONTON VIDEO!
Berita TERGEMPAR!!!!!!!!! Para pelajar sekalian, saksikan kehebatan rakyat dari negara-negara barat seperti Eropah, Amerika, Cina dan lain-lain lagi berbahasa dalam BAHASA MELAYU!!!!!!!!!
SILA KLIK KE LINK INI:-
PERTANDINGAN PIDATO ANTARABANGSA:- (pidato - bercakap dalam bahasa yang formal tentang sesuatu topik di depan penonton)

Wednesday, September 15, 2010
Latihan Kefahaman bagi pelajar 3EX dan 3NA
Sila klik ke link ini yang akan membawa kamu ke lelaman Cikgu Naim - SAUJANA.
Di sini ada beberapa latihan kefahaman subjektif. Tuliskan jawapan kamu di dalam kertas fulskap dan hantarkan kepada saya pada minggu hadapan ( 20 - 25 September). Selamat mencuba!
Latihan Kefahaman 1

Subscribe to:
Comments (Atom)