Selamat sejahtera para pelajar
Tarikh ujian kelas bagi pelajar 3EX dan 3Normal Akademik ialah pada
11 ogos , hari Rabu.
Topik yang akan diuji ialah BENTUK KATA. Kamu akan diminta menulis sepucuk surat tidak rasmi kepada seorang sahabat tentang sesuatu perkara. Kamu harus menulis dengan TATABAHASA MELAYU yang menunjukkan pemahaman kamu tentang BENTUK KATA dalam sesuatu ayat.
Saya harap kamu dapat mengasah pemahaman kamu dalam aspek BENTUK KATA ini agar dapat mencapai markah yang baik nanti. Gunakanlah masa yang ada dalam minggu ini dengan baik. Saya juga berharap agar kamu akan menanyakan soalan-soalan di dalam kelas ya.
Markah bahagian bahasa yang saya harapkan ialah :-
9/12 ke atas.
Semoga berjaya!